Nasri Penyelamat (13oct2011) ~ asapstock.blogspot.com

Wednesday 12 October 2011

Nasri Penyelamat (13oct2011)

PARIS: Teguran Laurent Blanc terhadap aksi hambar babak pertama anak buahnya menjadi kunci kebangkitan Perancis pada separuh masa kedua untuk mengikat Bosnia-Herzegovina, 1-1 di laman sendiri, semalam sekali gus memastikan tiket automatik ke Euro 2012.

Perancis hampir tersingkir ke tempat kedua Kumpulan D selepas Edin Dzeko menjaringkan gol pada minit ke-40 untuk meletakkan Bosnia mendahului 1-0 dalam aksi menarik separuh masa pertama di Stade de France.

Tuan rumah berjaya memperkemaskan permainan pada babak kedua dan sepakan penalti Samir Nasri ketika saingan berbaki 12 minit membolehkan mereka meraih mata berharga bagi melepasi pusingan kelayakan.

“Pada 45 minit pertama, kami tidak bermain dengan baik,” kata Blanc. “Ketika rehat separuh masa pertama, saya bertanya kepada pemain ke mana mereka mahu pergi.

“Jika mahu beraksi dalam play-off, mereka hanya perlu beraksi seperti babak pertama. Saya meminta mereka bermain lebih baik dan mengawal bola.

“Kami melakukan banyak kesilapan pada babak pertama tapi pada babak kedua, pemain beraksi lebih baik.

“Kami tidak melupakan perbezaan antara dua babak tapi juga ingat bagaimana kami bangkit dan berjaya layak.

“Saya gembira dengan reaksi pemain. Jika kami tidak menjaringkan satu gol, kami akan berada dalam sidang media ini dan berbicara mengenai perlawanan play-off.” Blanc berkata, beliau bangga dengan kegigihan anak buahnya mencari kemenangan sehingga ke penghujung perlawanan namun tetap tidak puas hati dengan aksi hambar babak pertama.

Perancis dijangka mengatur dua perlawanan persahabatan bulan depan sebelum menentang Jerman di Bremen, Februari ini dan Blanc berkata, pemain simpanan akan diberi peluang mempamerkan aksi mereka.

“Kami akan menentang pasukan handalan tapi ia tidak bermakna,” katanya.

“Kami akan memberi tumpuan lebih kepada corak permainan dan memberi peluang kepada pemain yang tidak beraksi sebelum ini selagi mereka bermain baik bersama kelab masing-masing.” Misi Perancis melayakkan diri ke pusingan akhir di Poland dan Ukraine pada musim panas tahun depan dianggap sudah selesai untuk Blanc yang mengendalikan skuad yang dilanda trauma angkara kempen buruk Piala Dunia Afrika Selatan.


Gol Nasri membolehkan Perancis melebarkan rekod tanpa kalah kepada 15 perlawanan termasuk perlawanan persahabatan menentang England dan Brazil namun Blanc berkata, kejayaan di pusingan kelayakan itu tidak memadam memori buruk itu sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management