Chelsea dituntut kekal momentum (15oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Friday 14 October 2011

Chelsea dituntut kekal momentum (15oct 2011)



ANDRE
VILLAS-BOAS


LONDON - Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas menuntut barisan pemainnya mengekalkan tahap konsistensi mereka menjelang pertemuan menentang Everton dalam saingan Liga Perdana England awal pagi esok.

Skuad The Blues ternyata cemerlang apabila berjaya mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan terakhir mereka sebelum saingan liga berhenti seketika bagi memberi laluan kepada aksi di pentas antarabangsa.

Anak-anak buah Villas-Boas yang bergelut dengan prestasi tidak menentu pada awal saingan musim ini, kembali bangkit apabila menang bergaya ke atas Swansea City 4-1 dan Bol- ton Wanderers 5-1.

Justeru, Villas-Boas mahu barisan pemainnya meneruskan rentak kecemerlangan tersebut apabila melayan kunjungan Everton di Stamford Bridge awal pagi esok.

"Apa yang paling penting, sebaik saingan liga kembali bersambung, kamu perlu mengekalkan rentak kemenangan yang kamu catatkan sebelum ini.

"Saya tidak fikir apabila saingan liga berhenti seketika, ia akan menjejaskan tahap pretasi kerana ia memang sudah termasuk dalam kalendar pertandingan. Apa yang penting, kamu perlu terus mencatatkan kemenangan," kata Villas- Boas.

Bagaimanapun, skuad The Blues dijangka tidak berdepan laluan mudah untuk menewaskan Everton.

Berdasarkan rekod lima pertemuan sebelum ini, Everton berjaya mencuri satu mata daripada Chelsea apabila mencatatkan keputusan seri di Stamford Bridge.

"Everton pastinya akan berusaha untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka apabila berkunjung ke Stamford Bridge. Kami (Chelsea) perlu berhati-hati kerana ia bakal menjadi perla- wanan yang sengit.

"Pada pandangan saya, Everton kini berada pada tahap prestasi terbaik mereka. Memang mereka tewas di tangan Liverpool sebelum ini tetapi mereka pasti akan kembali bangkit.

"Ia sekali gus membuktikan bahawa pengurus Everton (David Moyes) telah melakukan tugasnya dengan begi- tu baik," jelas Villas-Boas

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management