Barca, Real kembali kental (15oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Friday 14 October 2011

Barca, Real kembali kental (15oct 2011)



INIESTA (kiri) sudah pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan.


MADRID - Dua kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid sudah boleh menarik nafas lega apabila tonggak utama mereka akan kembali membarisi skuad masing-masing.

Barcelona yang dijadual melayan kunju- ngan Racing Santender di Nou Camp awal pagi esok, dijangka mendapat kembali sentuhan perancang antarabangsa Sepanyol, Andre Iniesta.

Sebelum ini, Iniesta terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan di baha- gian kaki kirinya ketika Barca menentang AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara bulan lalu.

Kehadiran Iniesta bakal memberi ramuan terbaik buat skuad The Catalan untuk terus mengukuhkan cengkaman mereka selaku pendahulu liga, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Sementara itu, Real yang akan berdepan Real Betis, dijangka kembali menurunkan Karim Benzema, Pepe dan Fabio Coentrao dalam kesebelasan utama pada pertemuan di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Begitupun, dua tonggak pertahanan The Galaticos, Raul Albiol dan Ricardo Carvalho terpaksa diketepikan kerana belum pulih daripada kecederaan.

Dalam perkembangan lain, spekulasi yang mengatakan jurulatih Barca, Pep Guardiola bakal meninggalkan Nou Camp pada penghujung musim ini sema- kin bertiup kencang.

Media-media di Sepanyol melaporkan bahawa Guardiola ketika ini sudah memikirkan untuk meletakkan jawatan daripada terus membimbing Barcelona.

Bagaimanapun, Pengerusi Barca, Sandro Rosell yang pernah melabel Guardiola sebagai jurulatih terbaik dalam sejarah kelab tersebut, memberi jaminan bahawa pihaknya akan melakukan apa sahaja bagi memastikan jurulatih itu terus kekal di Nou Camp.

Malah, tonggak pertahanan skuad The Catalan, Gerard Pique juga berkongsi pandangan yang sama.

"Saya tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada Guardiola. Saya percaya dia akan membuat keputusan dengan cara- nya yang tersendiri seperti yang dilakukan setiap tahun.

"Beliau sentiasa memperbaharui kontraknya setiap tahun dan saya percaya beliau akan tetap melakukannya pada tahun ini.

"Beliau sangat sayang akan tugasnya di sini (Barca) dan pemain-pemain juga percaya kepadanya," kata Pique

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management