Tevez perlu dihukum - Mancini (14oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 13 October 2011

Tevez perlu dihukum - Mancini (14oct 2011)



Roberto Mancini sedar pemergian Tevez tidak akan menjejaskan City kerana pasukan kesayangan mereka telah pun memiliki rangkaian serangan berbisa. - AFP


MANCHESTER - Roberto Mancini tidak mahu melihat Carlos Tevez menyertai latihan pasukan utama di gelanggang latihan dan mengarahkannya supaya berlatih bersama pasukan simpanan atau bersendirian.

Mancini masih merasakan dirinya dikhianati atas insiden penyerang itu mengingkari arahan untuk turun sebagai pemain gantian ketika tewas 0-2 di Bayern Munich dua minggu lalu dan mahu pengurusan kelab menghentam Tevez dengan hukuman keras.

Pengurusan tertinggi Etihad memaklumkan Tevez dia bakal dihadapkan ke lembaga disiplin, Isnin depan dan penyerang bermasalah itu berdepan kemungkinan didenda enam minggu gaji yang bersamaan 1.5 juta pound dan penggantungan empat minggu.

Ia merupakan kejayaan buat Mancini yang dilihat sudah hilang sabar dengan pemain yang dia sering pertahan apabila menimbulkan masalah.

Selepas menjalankan siasatan selama dua minggu berhubung insiden Munich yang juga dirujuk sepenuhnya kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), City percaya mereka berhak boleh mengenakan hukuman lebih berat ke atas Tevez.

Pegawai PFA yang akan menghadirkan diri ketika kes Tevez didengarkan Isnin depan, telah pun bersetuju dengan City bahawa kelab itu boleh menambah hukuman sedia ada.

City percaya bukti yang mereka peroleh kukuh selepas merekod keterangan setiap mereka yang berada di bangku simpanan yang dipercayai paling jelas dengan apa yang berlaku untuk menyokong dakwaan Mancini.

City berpandangan kelakuan Tevez bukan sahaja biadap kepada pengurus tetapi juga mencemarkan imej kelab.

Begitu juga dengan peminat setia City yang semakin meluat dengan kerenah Tevez selepas berkali-kali memaafkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini termasuk cubaan meninggalkan kelab dan mengkritik bandar raya Manchester.

Kini, mereka sedar pemergian Tevez tidak akan menjejaskan City kerana pasukan kesayangan mereka telah pun memiliki rangkaian serangan berbisa terdiri daripada Sergio Aguero, Edin Dzeko, Samir Nasri dan David Silva.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management