Tevez berdepan lebih masalah (14oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 13 October 2011

Tevez berdepan lebih masalah (14oct 2011)

MANCHESTER: Carlos Tevez berdepan perbicaraan disiplin kelab berhubung keengganannya beraksi ketika menentang Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara bulan lalu, umum Manchester City kelmarin.

Bos City, Roberto Mancini mendakwa penyerang Argentina yang juga bekas kapten kelab itu enggan masuk sebagai pemain gantian ketika tewas 2-0 di Allianz Arena. Satu siasatan dalaman sudah dijalankan dan Tevez dimaklumkan dia bakal berdepan hukuman lebih berat selepas digantung selama dua minggu.

“Kelab sudah menjalankan siasatan mengenai insiden 27 September di Allianz Arena,” menurut kenyataan City.

Ia menimbulkan prospek pertemuan yang tidak selesa antara pengendali dari Itali dan bekas kapten musim lalu itu.

Sumber rapat pemain terbabit sebelum ini menjangkakan Tevez akan mematuhi kehendak kelabnya itu dan menganggap dia bersedia untuk aksi di laman sendiri menentang Aston Villa, malam esok.

Sukar membayangkan Mancini bersedia menerima Tevez kembali selepas menyatakan karier pemain terbabit di City sudah berakhir sebelum ini

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management