Liverpool membara (15oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Friday 14 October 2011

Liverpool membara (15oct 2011)

LONDON: Pendahulu Liga Perdana, Manchester United dijangka berdepan tugas paling sukar untuk mengekalkan rekod tanpa kalah apabila saingan bersambung dengan menentang musuh tradisi, Liverpool, malam ini.

Skuad kendalian Sir Alex Ferguson berkunjung ke Anfield selepas keputusan kurang meyakinkan sebelum saingan liga dihentikan untuk perlawanan antarabangsa apabila mencatatkan keputusan seri menentang Stoke dan FC Basle dalam Liga Juara-Juara diikuti kemenangan kurang meyakinkan ke atas Norwich.

Situasi sebaliknya dialami Liverpool apabila mencatatkan kemenangan berturut-turut ke atas Brighton, Wolves dan Everton dengan keyakinan anak-anak buah Kenny Dalglish bertambah selepas kemenangan 3-1 ke atas United pada Mac.

Jika menang malam ini, Liverpool akan dipisahkan hanya tiga mata berbanding United yang mengatasi Liverpool sebagai kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris musim lalu apabila meraih gelaran liga kali ke-19.

Walaupun pertemuan terbabit biasanya mencetuskan sesuatu yang hebat, Dalglish tidak melihat sebarang keistimewaan terhadap pertemuan itu.

“Orang menyatakan ini perlawanan terbesar musim ini namun saya tidak melihatnya sebagai besar atau kecil,” kata Dalglish “Ia satu lagi perlawanan, tiga mata yang diperoleh apabila mencatatkan kemenangan. Perbezaannya kali ini, jika menang, kami akan semakin hampir dengan mereka.” Dalglish yang mungkin menurunkan kapten Steven Gerrard untuk pertama kali musim ini, menolak Liverpool mempunyai rekod yang baik apabila menentang United dengan mencatatkan kemenangan pada tiga aksi terakhir di Anfield.

“Pada pertemuan musim lalu, kami mendapat ganjaran kerana beraksi dengan sangat baik dan menang 3-1,” katanya. “Namun, keputusan malam ini tidak akan ditentukan kemenangan musim lalu.”

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management