

| 15 | ||
| 22 | ||
| 29 | ||
| 42 | ||
| 45 | ||
| 62 | ||
| 70 | ||
| 74 | ||
| 75 | ||
| 76 | ||
| 86 | ||
| 87 | ||
| 90 |
Dapatkan Keputusan Dan Info Terkini Liga Perdana Inggeris Setiap Perlawanan Hanya Di asapstock.blogspot.com
Dapatkan Juga Info Terkini La Liga Di Setiap Perlawanan.Mampukah Barcelona Mengekal Status Kejuaraanya.Dan Mampukah Real Madrid Menghalang Penguasaan Barcelona.Sama-Sama Kite Ikuti Perkembangannya Di asapstock.blogspot.com
Tidak Kurang Hebatnya Persaingan Di Liga Serie A.Menampilkan Kelab2 Yang Hebat Seperti Inter Milan,Ac Milan,Juventus Dan Roma.Saksikan Info Selanjutnya Di asapstock.blogspot


Pavel Mamayev | 15 | |
| 22 | Arkadiusz Glowacki | |
(1-0)Seydou Doumbia | 29 | |
| 42 | Didier Zokora | |
| 45 | AlanzinhoPawel Brozek | |
Zoran TosicAleksandrs Cauna | 62 | |
Pavel MamayevDeividas Semberas | 70 | |
| 74 | Gustavo Colman | |
| 75 | Marek CechMarek Sapara | |
(2-0)Aleksandrs Cauna | 76 | |
(3-0)Seydou Doumbia | 86 | |
Seydou DoumbiaElvir Rahimic | 87 | |
| 90 | Halil AltintopAykut Akgun |


| 2 | (0-1)Toni Kroos | |
| 7 | Holger Badstuber | |
| 27 | Bastian Schweinsteiger | |
Paolo Cannavaro | 28 | |
(1-1)Holger Badstuber | 39 | |
Christian Maggio | 42 | |
Juan Zuñiga | 45 | |
| 59 | Franck Ribéry | |
Ezequiel Lavezzi | 64 | |
| 79 | Thomas Müller | |
Edinson CavaniBlerim Dzemaili | 81 | |
| 84 | Toni Kroos | |
Gökhan InlerMario Santana | 89 | |
Marek HamsikGiuseppe Mascara | 90 | |
| 90 | Franck RibéryDavid Alaba |


| 4 | (0-1)Cani | |
| 32 | Catalá | |
Adam JohnsonGareth Barry | 40 | |
(1-1)Carlos Marchena | 43 | |
Nigel de JongSergio Agüero | 62 | |
| 68 | Giuseppe Rossi | |
Samir NasriJames Milner | 80 | |
| 80 | Hernán PérezWakaso | |
| 82 | CaniMario Gaspar | |
| 88 | Jonathan De GuzmánMarcos Gullón | |
(2-1)Sergio Agüero | 90 | |
| 90 | Mario Gaspar |
| Tuesday 1st November 2011 | |||
| First Round Group E | |||
| Genk | v | Chelsea | 19:45 |
| Valencia | v | Bayer Leverkusen | 19:45 |
| First Round Group F | |||
| Arsenal | v | Marseille | 19:45 |
| Borussia Dortmund | v | Olympiakos | 19:45 |
| First Round Group G | |||
| Apoel Nicosia | v | FC Porto | 19:45 |
| Zenit St Petersburg | v | Shakhtar Donetsk | 17:00 |
| First Round Group H | |||
| BATE Borisov | v | AC Milan | 17:00 |
| Viktoria Plzen | v | Barcelona | 19:45 |

MADRID – Hatrik kedua Gonzalo Higuain dalam La Liga membantu Real Madrid menewaskan Real Betis 4-1, namun dua jaringan Lionel Messi memastikan Barcelona kekal di puncak liga setelah menundukkan Racing Santander 3-0, semalam.
Messi, Pemain Terbaik Dunia meledakkan gol pada babak pertama dan keduan di Nou Camp untuk jaringan ke-10 musim ini, sekali gus membantu Barca mengumpul 17 mata daripada tujuh perlawanan.
Real mengekori rapat di tangga kedua dengan satu mata di belakang selepas rakan sepasukan Messi dalam skuad Argentina, Higuain mencipta hatrik ketiga dalam tempoh dua minggu. Satu lagi hatrik dicipta ketika bersama skuad kebangsaan.
Dalam saingan lain, penalti Tomer Hemed di masa kecederaan membantu Real Mallorca mengikat Valencia 1-1. Getafe seri tanpa jaringan dengan Villarreal dan Granada terikat 0-0 dengan Atletico Madrid.

LONDON - Pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas menganggap tidak ada apa yang istimewa terhadap skuad kendaliannya itu meskipun kini hanya dipisahkan satu mata dengan juara bertahan, Manchester United.
Awal pagi semalam, skuad The Blues mengekalkan kedudukan mereka di tangga ketiga carta Liga Perdana England selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Everton di Stamford Bridge.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan anak-anak buah Villa-Boas kini mengumpul 19 mata, satu mata di belakang United yang menduduki tangga kedua.
United yang sebelum itu merupakan pendahulu liga terpaksa akur dengan kehebatan Manchester City yang berjaya memintas kedudukan tersebut apabila menewaskan Aston Villa 4-1 kelmarin sekaligus mengumpul 22 mata.
Skuad The Red Devils pula sekadar seri 1-1 dengan musuh tradisi mereka, Liverpool, kelmarin.
Sebagai rekod, di bawah kendalian Villa-Boas sejak awal saingan musim ini, skuad The Blues hanya tewas sekali dan telah mencatatkan enam kemenangan setakat ini di Stamford Bridge.
"Di tempat lawan kami hanya tewas di tangan United dan berjaya mengutip mata berharga ketika berdepan Stoke City. Namun, kami tidak melakukan apa-apa yang istimewa melainkan melaksanakan tugas kami.
"Kami akan terus mengekalkan rentak kecemerlangan ini sehinggalah kami berjaya berada pada kedudukan teratas liga kerana memang itu pun matlamat utama kami," kata Villa-Boas.
Pada aksi awal pagi semalam, tiga gol Chelsea diperoleh menerusi Daniel Sturridge pada minit ke-31, John Terry (45) dan Ramires (61).

LONDON - Kapten Liverpool, Steven Gerrard tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas pasukan tersebut sekadar seri 1-1 dengan Manchester United dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.
Biarpun Gerrard berjaya meletakkan skuad The Reds di depan hasil jaringan yang dilakukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-68 namun United berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang Mexico, Javier Hernández minit ke-81.
Jika tidak disebabkan ketangkasan penjaga gol United, David De Gea yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya, skuad The Reds pastinya sudah boleh mengutip tiga mata penuh pada aksi yang berlangsung di Anfield itu.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan Liverpool terus gagal untuk merapatkan jurang mata dengan United selepas ketinggalan enam mata.
"Saya percaya penyokong-penyokong kami (Liverpool) pastinya berasa kecewa apabila melihat beberapa peluang untuk menjaringkan gol gagal disudahkan dengan baik.
"Sebelum perlawanan bermula, matlamat utama kami adalah untuk merapatkan jurang mata dengan United kepada tiga mata sahaja.
"Sepakan percuma yang saya lakukan itu bukanlah yang terbaik kerana pada mulanya saya mahu melepasi halangan yang dilakukan barisan pemain United tetapi bola hanya melalui di celah-celah pemain sahaja.
"Mungkin nasib tidak menyebelahi kami ketika saya kembali beraksi sepenuhnya dalam kesebelasan utama," kata Gerrard.
Sebelum ini, Gerrard terpaksa ditepikan selama enam bulan selepas menjalani pembedahan di bahagian pangkal peha
)MADRID: Gonzalo Higuain mencipta hatrik ketiga dalam tempoh dua minggu ketika membantu Real Madrid melakar kemenangan 4-1 ke atas Real Betis kelmarin sementara dua gol Lionel Messi memastikan Barcelona kekal di tangga teratas liga selepas menewaskan Racing Santander 3-0.
Messi yang juga Pemain Terbaik Dunia, menjaringkan gol pada setiap babak di Nou Camp untuk melebarkan jumlah jaringan peribadi kepada 10 pada saingan liga musim ini sementara Barcelona mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan mengumpul 17 mata daripada tujuh perlawanan.
Real Madrid ketinggalan satu gol di tempat kedua selepas rakan senegara Messi dari Argentina, Higuain mencipta hatrik kedua dalam saingan La Liga.
Selepas meledakkan tiga gol ketika menentang Sepanyol, Higuain mengulangi rekod sama ketika bertemu Chile pada minggu lalu.
“Saya sangat gembira. Selepas menunggu sekian lama untuk bermain, kini saya amat gembira dengan prestasi saya,” kata pemain berusia 23 tahun itu kepada televisyen Sepanyol, merujuk kecederaan belakang yang menyaksikannya diketepikan hampir sepanjang musim lalu dengan tempatnya digantikan Karim Benzema.
“Saya tidak dapat beraksi sejak beberapa minggu lalu dan sebab itu saya menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan,” tambahnya selepas jaringan hatrik yang dilakar pada separuh masa kedua ketika menentang Betis melebarkan rekod jaringan peribadinya kepada lapan.
ROBIN van Persie muncul wira Arsenal apabila meledak dua gol ketika pasukan itu menang 2-1 ke atas Sunderland di Emirates pada saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.
Arsenal yang memburu kemenangan ketiga musim ini selepas lapan perlawanan memperoleh gol awal menerusi jaringan van Persie ketika permainan baru berusia 26 saat namun bekas pemain Gunners, Sebastian Larsson menyamakan kedudukan pada minit ke-31.
Satu lagi gol van Persie dijaringkan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-82 menerjah ke penjuru atas gawang Sunderland. Kemenangan ini membolehkan Arsenal melonjak ke kedudukan ke-10 liga.
Dalam pada itu, West Bromwich berjaya keluar dari zon penyingkiran selepas menang 2-0 ke atas Wolverhampton malam tadi hasil jaringan Chris Brunt dan Peter Odemwingie pada minit kelapan dan 85 perlawanan.
The Hawthorns menerusi kini menduduki tangga ke-12
LIVERPOOL: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menyalahkan Ryan Giggs selepas pemain sayap veteran itu meninggalkan benteng yang dibina sekali gus membenarkan Liverpool menjaringkan gol di Anfield malam kelmarin.
Pemain gantian, Javier Hernandez memastikan rekod tanpa kalah United berterusan menerusi jaringan lewat perlawanan untuk keputusan seri 1-1 di Anfield.
Namun Ferguson yang membuat keputusan mengejut apabila memulakan perlawanan tanpa penjaring terbanyak, Wayne Rooney yang berada di bangku simpanan jelas kecewa dengan pertahanan pasukannya yang membenarkan Steven Gerrard menjaringkan go pendahuluan Liverpool.
Giggs bersalah kerana meninggalkan benteng terbabit dengan kapten Liverpool itu yang menandakan penampilan pertama dalam tempoh tujuh bulan selepas kecederaan menerusi sepakan percuma yang mengagumkan.
“Ia adalah sangat sukar,” kata Ferguson, yang mempersoalkan sama ada sepakan percuma itu patut diberikan lebih awal selepas Rio Ferdinand menjatuhkan Charlie Adam.
“Pengadil perlawanan berada dalam tekanan yang tinggi dan saya tidak terkejut mereka mendapat sepakan percuma. “Namun kami mesti bertahan dengan lebih baik. Ia sama seperti musim lalu. Pemain sayap meninggalkan benteng dan ia adalah permainan pertahanan yang teruk.
“Saya tidak fikir mereka cukup mengancam sehingga mereka menjaringkan gol namun kemudian perlawanan terus terbuka dan kami mengambil peluang. Dalam situasi hari ini (malam kelmarin) keputusan adalah adil.” Rooney hadir menggantikan Park Ji-Sung pada minit ke-69 dan Ferguson berkata keputusan untuk meletakkannya di bangku simpanan adalah kerana pemain terbabit sudah mengharungi minggu yang sangat teruk
